Kereta terbabas langgar pokok di Sik

Sebuah kereta jenis Perodua Axia terbalik akibat terbabas di bahu jalan lalu merempuh sebatang pokok di Sungai Pau, Sik, Kedah pada Ahad.

Dalam satu kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Sik, pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan kejadian itu pada pukul 1 pagi.

Pegawai Bomba Kanan II (PBK), Sam Khan A/L Prak Keu berkata, beliau bersama tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam.

“Anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan jenis Perodua Axia.

“Mangsa adalah seorang lelaki Melayu dan terus dihantar ke Hospital Sik dengan menaiki EMRS Jabatan Bomba,” katanya.

Tambahnya lagi, kes diserahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Turut dinasihatkan agar masyarakat berhati-hati di jalan raya dan peka kepada pemanduan terutama pada waktu malam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat