Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyarankan agar gencatan senjata dapat dilakukan di Semenanjung Gaza bermula Isnin depan.
Menurut Biden, rundingan mengenai perkara itu sudah dilakukan, namun keputusan masih belum dapat dicapai.
“Harapan saya ialah Isnin minggu depan kita akan laksanakan gencatan senjata,” katanya.
Sementara itu, Penasihat Keselamatan Negara Rumah Putih, Jake Sullivan berkata, perbincangan tersebut termasuk mengenai perjanjian tebusan.
“Mereka mendapat persefahaman mengenai kerangka perjanjian tebusan untuk gencatan senjata sementara,” katanya.
Keputusan tersebut dibuat selepas wakil beberapa negara yang dilantik menjadi perantara bagi krisis Israel dengan pejuang Hamas, mengadakan perbincangan di Paris melibatkan wakil Mesir, Qatar, AS, dan Palestin, saling sepakat mengharapkan agar gencatan senjata dapat dibuat bersama rundingan damai sebelum Ramadan.
Perjanjian yang mungkin dicapai termasuk pertukaran puluhan tebusan untuk beberapa ratus tahanan Palestin di penjara Israel.
Difahamkan, sumber Hamas memberitahu media bahawa ‘beberapa pindaan’ dicadangkan berhubung isu yang rumit itu tetapi Israel tidak menyatakan sebarang substantif mengenai terma gencatan senjata atau pengunduran dari Semenanjung Gaza.
Baca juga: