Elon Musk saman pencipta ChatGPT

CEO Tesla Motors, Elon Musk menyaman pencipta ChatGPT, OpenAI kerana telah melanggar syarat yang dipersetujui ketika dia membantu menemukan bot sembang berkenaan pada tahun 2015.

Tuntutan tersebut telah difailkan kepada pengasas OpenAI, Sam Altman yang mengatakan firma itu telah tersasar daripada objektif utama ketika pelancaran bot sembang berkenaan.

Ia dikatakan tidak mencuba untuk memberi manfaat kepada manusia bahkan seolah-olah memberi tumpuan untuk memaksimumkan keuntungan untuk pelabur utama, Microsoft.

“Firma ini dicipta dengan niat untuk membina kecerdasan buatan (AI) yang boleh melakukan apa-apa tugas yang mempu dilakukan oleh manusia.

Ia juga ditubuhkan sebagai syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, membawa maksud ia tidak bertujuan untuk menghasilkan wang,” lapor media antarabangsa, BBC.

Pemfailan itu dibuat selepas pengawal selia Amerika Syarikat (AS) mulai menyiasat pencipta ChatGPT, Altman yang tiba-tiba digulingkan daripada jawatannya kerana dikatakan tidak konsisten dalam komunikasi dan pekerjanya telah hilang kepercayaan terhadapnya.

Dalam pada itu, Microsoft telah melaburkan AS$1 bilion (RM4,745,500,000) kepada firma AI berkenaan yang sebelum ini beroperasi sebagai syarikat non-profit kemudiannya beralih kepada keuntungan terhad yang membolehkan pelaburan masuk kedalamnya.

Pelaburan Microsoft kemudiannya meningkat setiap tahun, berbilion-bilion pada Januari 2023 berikutan pelancaran bot sembang OpenAI, ChatGPT.

Tuntutan itu juga mendakwa bahawa perincian mengenai reka bentuk model AI terbaru OpenAI, GPT-4, dirahsiakan.

Peguam Musk berkata, antara hasil tuntutan mahkamah yang dikehendaki, mereka mahu OpenAI diperintahkan untuk terus membuat maklumat yang berkaitan dengan perkembangan AI yang tersedia kepada orang ramai.

Dalam perkembangan sama, Microsoft enggan mengulas lanjut mengenai ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat