Lori simen terbakar di Nilai

Sebuah lori membawa muatan simen terbakar di Persiaran Korporat berhampiran simpang bulatan ke INTI College, Nilai, Negeri Sembilan pada Khamis.

Menurut Komander Operasi, PBK II Raihan Che Mat, kebakaran bermula pada bahagian kepala lori dan merebak ke seluruh bahagian hingga 100 peratus kenderaan tersebut musnah.

“Kebakaran lori berkapasiti 20 tan itu berjaya dipadamkan pihak bomba dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran berkenaan,” katanya menerusi kenyataan.

Seramai 10 orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran tersebut.

Operasi tersebut menggunakan jentera FRT, kenderaan Unit EMRS dan water tanker.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat