Sebanyak dua jet komersial yang dalam penerbangan dari ibu negara Copenhagen, Denmark ke Stavanger, Norway terpaksa berpatah balik selepas menerima ancaman bom pada Khamis.
Menerusi laporan Xinhua, sebuah jet Scandinavian Airlines telah memasuki ruang udara Norway apabila ia diminta berpatah balik manakala sebuah penerbangan Norway diberitahu untuk kembali sejurus selepas berlepas.
“Syarikat penerbangan itu mengesahkan insiden berkenaan kepada radio Norway NRK bahawa semua penumpang telah dipindahkan sejurus jet berkenaan mendarat,” katanya.
Susulan itu, polis Denmark di Copenhagen meminta agar pemeriksaan ke atas pesawat itu untuk mencari objek berbahaya.
Difahamkan, pihak berkuasa masih belum menjelaskan bagaimana mereka mengetahui mengenai potensi ancaman itu.
Baca juga: