Warga emas berjaya ditemui setelah dikhuatiri hilang di tebing laut

Seorang lelaki warga emas yang dipercayai hilang di tebing laut telah berjaya ditemui dalam keadaan selamat di Kampung Jelutong Laut Ayer Balai Pontian, Johor, baru-baru ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Negeri Johor yang menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.38 tengah malam terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Hod Sanuse, sebaik menerima maklumat, pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru seramai lapan anggota terus bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya kami di tempat kejadian, usaha pencarian giat dijalankan dan mangsa berjaya ditemui berdekatan dengan tempat terakhir dilihat oleh penduduk setempat.

“Justeru itu, pencarian berakhir pada pukul 8.27 pagi apabila mangsa berjaya dijumpai dalam keadaan selamat pada jarak dua kilometer dari lokasi terakhir dilihat.

Seterusnya, mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malayasua (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat