Kesibukan membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan alasan untuk meluangkan masa bagi membersihkan kawasan persekitaran rumah untuk mengelakkan penularan wabak demam denggi.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memandang serius mengenai perkara itu sekali gus menyenaraikan beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini.
Antara pendekatan yang boleh diambil ialah dengan menititikberatkan soal kebersihan agar dapat mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang boleh menyebabkan penyakit denggi.
“Pastikan tiada bekas-bekas yang boleh menakung air seperti lapik pasu bunga, palung air hujan dan pasu bunga terbiar di rumah serta tutup semua bekas yang menyimpan air dengan rapat serta letakkan ubat pembunuh jentik-jentik.
“Tutup anggota badan yang terdedah terutama apabila berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes iaitu pada pukul 5 pagi hingga 8 pagi dan pukul 5 petang hingga 8 malam.
“Pakai pakaian berwarna cerah dan gunakan penghalau nyamuk (repelen)
“Sebelum memasuki rumah setelah pulang bercuti, lakukan semburan aerosol di seluruh bahagian di dalam rumah bagi membunuh nyamuk dewasa yang bersembunyi,” katanya.
Oleh itu, lindungi ahli keluarga daripada mendapat penyakit aedes yang boleh membawa padah atau meragut nyawa.
Baca juga: