2 syarikat pembuatan didenda RM50,000, gagal sedia tempat kerja selamat

Dua syarikat pembuatan telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Sesyen Jenayah 2, Butterworth, Pulau Pinang selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Pulau Pinang, kesalahan di bawah Akta tersebut memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Seorang pekerja kilang Asia Pulp & Fibre (Malaysia) Sdn. Bhd dipercayai meninggal dunia selepas dihempap Bundle Double Lined Fraft (DLK) seberat lebih kurang 1000kg di Butterworth, Pulau Pinang pada 26 Jun 2023.

Satu kes di mana, satu kemalangan telah berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu kontena dan lampu lori dan telah disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital oleh pegawai perubatan di Hospital Bukit Mertajam.

Justeru itu, Hakim Puan Noor Aini Yusof menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM18,000 kepada kilang berkenaan kerana telah gagal menyediakan ‘loading bay’ yang selamat bagi keria-keria memunggah barang dari kontena sehingga menyebabkan kemalangan kepada pekerjanya.

Selain itu, syarikat Ann Joo Steel Berhad dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM32,000 kerana gagal mengadakan sistem kerja yang praktik dan selamat tanpa risiko kepada kesihatan ketika menjalankan tugas di ruang terkurung sehingga mengakibatkan kemalangan kepada pekerjanya pada 10 Februari 2023.

“Syarikat Asia Pulp & Fibre (Malaysia) Sdn. Bhd. dan Ann Joo Steel Berhad tidak diwakili ole mana-mana peguam telah mengaku bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan oleh Hakim.

“Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa KKP Pulau Pinang, Ameenah Am Abdul Aziz,” katanya.

Beliau berharap kes seperti ini dapat memberi pengajaran kepada semua majikan dan pekerja agar pematuhan kepada undang-undang sentiasa diambil berat demi keselamatan pekerja dan kepentingan awam.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat