KOTA KINABALU: Penduduk di Sabah dikejutkan dengan gegaran kuat selepas satu gempa bumi bermagnitud 6.8 berlaku di perairan Kota Kinabalu pada pukul 12:57 pagi tadi.
Pusat gempa dikesan pada koordinat 7.0° Utara, 116.4° Timur, kira-kira 49 kilometer barat dari Kudat dengan kedalaman 678 kilometer.
Gegaran bukan sahaja dirasai di sekitar Sabah, malah turut melibatkan beberapa kawasan di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Ramai penduduk melaporkan bangunan bergegar dan ada yang terjaga daripada tidur akibat hentakan tersebut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
Walaupun magnitudnya besar, kedalaman yang sangat dalam menyebabkan kesan di permukaan berkurangan.
MetMalaysia akan terus memantau keadaan itu dan menyalurkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Orang ramai yang merasai gegaran diminta mengisi borang soal selidik rasmi di pautan berikut: Borang Soalselidik Gempa Bumi.
Maklumat daripada orang awam amat penting untuk menilai kesan gegaran dengan lebih tepat.








