5 hartawan terkaya di Malaysia

Seperti negara-negara lain, Malaysia turut mempunyai beberapa orang hartawan yang dikenali dan diiktiraf di mata dunia kerana mempunyai nilai kekayaan yang agak luar biasa.

Berikut merupakan senarai lima hartawan terkaya di Malaysia, menurut laporan Forbes.

5. Tan Sri Datuk Seri Teh Hong Piow 

Dengan net worth sebanyak AS$5.4 bilion (RM23,960,000,000) pada 2023, beliau ialah Pengasas, Pengerusi Emeritus, Pengarah dan Penasihat Public Bank Berhad. 

Beliau juga merupakan satu daripada tiga individu di Malaysia yang dibenarkan memegang kepentingan lebih daripada 10% dalam institusi kewangan domestik.

Beliau telah meninggal dunia pada 12 Disember 2022, pada usia 92 tahun di Kuala Lumpur. 

4. Ananda Krishnan

Tatparanandam Ananda Krishnan merupakan usahawan dalam pelbagai bidang perniagaan, termasuk minyak, penternakan kuda bibit di Australia, perjudian, studio kartun Hollywood, telekomunikasi, multimedia, perkapalan, tenaga dan harta tanah.

Syarikat-syarikat miliknya beroperasi di kebanyakan tempat di Asia Tenggara.

Beliau mempunyai nilai kekayaan sebanyak AS$5.4 bilion (RM23,960,000,000). 

Ananda juga menjadi penaja konsert Band Aid yang sulung dan yang memainkan peranan penting dalam pengenalan Live Aid ke Asia.

3. Tan Sri Koon Poh Keong

Beliau merupakan CEO kepada syarikat aluminium, Press Metal. 

Beliau mempunyai kekayaan sebanyak AS$5.8 bilion (RM27,793,600,000). 

Beliau mempunyai kelayakan pendidikan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di University of Oklahoma. 

2. Tan Sri Quek Leng Chan

Beliau merupakan ahli perniagaan dengan kekayaan sebanyak AS$10.2 bilion (RM48,878,400,000). 

Beliau juga merupakan pemilik Kumpulan Hong Leong di Malaysia dan Kumpulan Guoco di Hong Kong.

Sepupunya adalah jutawan Singapura Kwek Leng Beng, yang mengetuai Hong Leong Group di Singapura.

1. Tan Sri Robert Kuok

Robert Kuok Hock Nien merupakan ahli perniagaan dan orang utama syarikat multinasional, Kumpulan Kuok.

Dilahirkan di Johor Bahru, beliau memiliki kekayaan sebanyak AS$11.8 bilion (RM56,545,600,000).

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat