Seramai 15 penumpang dan seorang pemandu terselamat apabila sebuah bas ekspres terbakar di Kilometer 242.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), arah utara, dekat Slim River, tengah malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fawwaz Abdul Jamil berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada 12.01 tengah malam.
Menurutnya, setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar dan Meru Raya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan bas ekspres yang terbakar 80 peratus.

“Kejadian itu dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak pada jam 12.01 tengah malam tadi sebelum dua buah jentera operasi iaitu FRT dan LFRT ke lokasi kejadian sebaik panggilan diterima.
“Terdapat 16 orang mangsa di dalamnya termasuk pemandu berada dalam keadaan selamat dan telah dipindahkan ke bas yang lain sewaktu pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Fawwaz yang juga Komander Operasi, pasukan Bomba yang tiba di lokasi telah bertindak menjalankan operasi pemadaman kebakaran sehingga selesai.

Operasi pemadaman kebakaran itu tamat sepenuhnya pada pukul 1.34 pagi.
Baca juga: