Ziarah Madani: PM bantu kanak-kanak derita kanser

KUANTAN: Keprihatinan kerajaan terhadap nasib golongan memerlukan terus dizahirkan menerusi program Ziarah MADANI apabila seorang kanak-kanak pesakit kanser menerima bantuan bagi meringankan beban keluarganya.

Setiausaha politik kepada Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi berkata, kunjungan ke rumah pertama dalam program berkenaan membuka ruang menyelami kisah penuh ketabahan sebuah keluarga yang diuji dengan penyakit serius.

Menurut beliau, pasangan ibu bapa, Ed Badarol dan Hazwani, kini berdepan ujian besar apabila anak mereka, Qaireen Ufaira, sedang berjuang melawan kanser limfoma.

“Pengorbanan ibu bapa ini amat besar, jelas terpancar kasih sayang dan kesungguhan mereka menjaga anak yang sedang sakit.” Katanya menerusi hantara Ziarah Madani pada Sabtu.

Mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sumbangan telah disampaikan kepada keluarga berkenaan sebagai tanda sokongan dan keprihatinan kerajaan.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban serta memberi kelegaan kepada keluarga dalam menghadapi cabaran ini.” Katanya lagi.

Tambahnya, doa dan harapan terus mengiringi keluarga tersebut agar diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian berkenaan.

“Kita doakan agar ibu bapa ini terus tabah, dan adik Qaireen diberikan kesembuhan serta dipermudahkan segala urusan.” Ujarnya.

Program Ziarah MADANI merupakan inisiatif kerajaan untuk mendekati rakyat serta menyantuni golongan yang memerlukan, sejajar dengan prinsip Malaysia MADANI.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat