Maritim Perak rampas 30 set bubu naga di Pulau Talang

Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Perak merampas 30 set bubu naga atau bubu kambang (China prawn net trap) dari kedudukan sekitar 0.7 batu nautika dari barat laut Pulau Talang, Lumut, Perak sekitar pukul 3.15 petang hari Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, nilai rampasan bubu naga berkenaan dianggarkan lebih RM2,000 yang kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, bubu tersebut dikesan oleh bot ronda Maritim ketika rondaan rutin yang menemukan bendera berwarna merah serta pelampung yang diikat pada pancang kayu di lokasi berkenaan.

“Penemuan yang mencurigakan itu merupakan penanda kepada bubu naga yang dipasang oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan menggunakan kaedah yang tidak dibenarkan.

Jika disabit kesalahan, pesalah boleh menerima hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat