Pemuda ragut nyawa sendiri, nekad terjun jambatan sebelum ditemukan mati lemas

Seorang lelaki dewasa berusia 28 tahun mati lemas apabila bertindak terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan pada Khamis.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan menerima panggilan kecemasan pada 8 Mei 2024, pukul 9.46 pagi terus bergerak ke lokasi kejadian yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan, Ramli Abdullah.

Menurut Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba, Khairul Ariffin Che Ramli, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa telah dijalankan di sekitar kawasan mangsa disyaki terjun sebaik tiba di tempat kejadian.

“Namun, pencarian pada hari itu tidak menemukan mangsa. Operasi SAR telah disambung semula pada pukul 7.00 pagi, 9 Mei 2024 dengan pencarian di persisiran sungai serta menggunakan kaedah ‘surface searching’ yang menggunakan bot.

“Mangsa akhirnya telah ditemui oleh pasukan penyelamat pada pukul 5.59 petang dengan jarak sejauh 5 kilometer dari lokasi Jambatan Sultan Yahya Petra dan telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Walaubagaimanapun, mayat mangsa kemudiannya di bawa ke Pusat Kawalan Bomba (PKB) untuk pengecaman bagi mengesahkan identiti mangsa sebelum diserahkan kepada pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya.

Difahamkan, operasi menyelamat melibatkan 28 anggota bomba termasuk unit khas K9 (bersama dua ekor anjing pengesan) dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta dibantu oleh anggota PDRM dan APM bersama dua jentera FRT, pacuan empat roda, lima buah bot penyelamat dan sebuah kenderaan utiliti.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat