Maldives larang kemasukan pemegang pasport Israel

Maldives telah meminda undang-undang untuk melarang pemegang pasport Israel dari memasuki negara tersebut.

Perkara tersebut diputuskan oleh Presiden, Mohamed Muizzu dalam satu mesyuarat kabinet.

Media negara itu turut melaporkan keputusan tersebut menadakan pendirian proaktif Maldives.

Ia sekali gus mencerminkan kecaman terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang ekstrem oleh Israel terhadap penduduk Palestin.

Dalam pada itu, Kabinet Maldives juga mengambil keputusan untuk memulakan perbincangan dengan negara-negara Islam bagi mempertingkat sokongan kepada Palestin dan melantik seorang utusan khas untuk menilai keperluan Palestin.

“Presiden juga memutuskan untuk menubuhkan kempen kutipan dana bagi membantu saudara-saudara kita di Palestin bersama Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat.

“Selain itu, mengadakan perhimpunan di seluruh negara dengan slogan ‘Falastheenaa Eku Dhivehin’ yang bermaksud ‘Rakyat Maldives Bersama Palestin’ untuk menunjukkan sokongan,” menurut kenyataan kerajaan.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat