Oleh: Syafira
HAMAS menamakan pemimpin Gaza, Yahya Sinwar sebagai pengganti kepada Ketua Biro Politik, Ismail Haniyeh, lapor Reuters.
Ia susulan pembunuhan Haniyeh di Tehran, Iran minggu lalu.
Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad dan bersembunyi di Gaza.
Pelantikan itu diumumkan ketika Israel bersiap sedia untuk berdepan kemungkinan serangan dari Iran berikutan pembunuhan Haniyeh di Tehran.
Sinwar yang menghabiskan separuh hayat dewasanya di penjara Israel adalah pemimpin Hamas paling berkuasa yang masih hidup selepas pembunuhan Haniyeh.
Ketua jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari, menyalahkan Sinwar atas serangan 7 Oktober dan berkata Israel akan terus memburunya.