Lelaki cedera parah tersepit di tempat duduk

Oleh: Farah Faizal

LABUAN: Seorang lelaki tersepit di tempat duduk pemandu dalam kemalangan jalan raya di Jalan Arsat, di sini, pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi, PBK II KUP Abdul Latif berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Avanza itu pada pukul 2.27 pagi.

Abdul Latif berkata, kenderaan yang dinaiki mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

“Pasukan Bomba telah bertindak mengeluarkan mangsa daripada kenderaan dan menyerahkannya kepada petugas perubatan KKM bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Turut hadir di lokasi kejadian adalah pihak PDRM,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Difahamkan, seramai enam anggota daripada Balai Bomba Rancha-Rancha digerakkan ke lokasi bersama jentera LFRT.

Anda Mungkin Berminat