Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar ‘suara-suara sumbang’ yang mengkritik penerimaannya terhadap permohonan Datuk Seri Najib mengenai kes 1MDB.
Beliau menjelaskan permohonan maaf yang diberi itu diterima baik kerana ia merupakan satu kenyataan yang baik, dan selaku Perdana Menteri beliau perlu menunjukkan kepimpinan yang baik kepada semua.
Anwar berkata demikian dalam ucapannya di Konvensyen Keadilan Perak pada Ahad.