Malaysia Kekal Fokus Kukuh Kerjasama AZEC Demi Kestabilan Tenaga

PETALING JAYA: Malaysia menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh kerjasama serantau melalui Asia Zero Emission Community (AZEC) demi memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil, mencukupi dan berdaya tahan.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Jepun telah menjemput Malaysia menyertai AZEC Plus Online Summit on Energy Resilience pada Rabu.

Beliau merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi atas penganjuran sidang tergempar itu yang berlangsung pada saat kritikal.

“Penghargaan dirakamkan kepada Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi, atas penganjuran sidang tergempar pada waktu yang amat kritikal ini khususnya perkembangan terkini di Asia Barat yang menjejaskan Selat Hormuz.

“Ianya mengingatkan kita bahawa kestabilan bekalan tenaga amat penting bagi memastikan ekonomi kekal berdaya tahan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia sebagai negara pengeluar tenaga termasuk gas asli cecair (LNG) akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau.

“Sebagai negara pengeluar tenaga termasuk gas asli cecair (LNG), Malaysia akan terus memainkan peranan konstruktif dalam menyokong keselamatan tenaga serantau, di samping mempelbagaikan sumber tenaga termasuk tenaga boleh baharu.

“Serta memperkukuh sistem tenaga negara selaras dengan keutamaan pembangunan negara,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat