KUALA LUMPUR: Petronas mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya di negara ini mencukupi sehingga akhir Jun 2026, berbanding unjuran sebelum ini yang dijangka hanya bertahan hingga akhir Mei.
Dalam satu kenyataan, syarikat minyak nasional itu memaklumkan pihaknya terus mengurus rantaian bekalan secara proaktif bagi memastikan stok kekal mencukupi di semua stesen, meskipun berdepan cabaran krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat.
Menurutnya, kira-kira 50 peratus keperluan bahan api negara dibekalkan melalui anak syarikat tersenarai, Petronas Dagangan Berhad, manakala selebihnya disediakan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia.
PETRONAS turut menegaskan komitmennya untuk memastikan bekalan bahan api kekal stabil dan boleh dipercayai bagi memenuhi keperluan rakyat.
Sehubungan itu, orang ramai disaran membeli bahan api secara berhemah mengikut keperluan harian serta mengelakkan pembelian berlebihan atau panik.
“Penggunaan secara bertanggungjawab akan membantu memastikan bekalan terus mencukupi untuk semua,” menurut kenyataan itu.
Baca juga:








