Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia masih mampu mengekalkan momentum yang kukuh di sesi pembukaan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini, ringgit didagangkan pada 4.4675 sewaktu sesi pembukaan.
Nilai tersebut memperlihatkan kadar yang positif berbanding dolar AS pada hari semalam yang ditutup pada 4.4705.
Namun begitu, ringgit dilaporkan agak rendah berbanding beberapa mata wang utama.
Seperti di Britain, nilai pound mencatatkan kenaikan kepada 5.6449/6506 berbanding 5.6449/6506 pada penutupan Selasa merosot berbanding euro kepada 4.7387/7472 berbanding 4.7150/7198 semalam.
Bagaimanapun, ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.8871/8926 daripada 2.9078/9109 sebelum ini.
Bagi unit tempatan, ia bergerak bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ringgit juga naik berbanding peso Filipina kepada 7.59/7.61 berbanding 7.60/7.61 pada penutupan Selasa, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 281.9/282.5 berbanding 282.1/282.5 semalam.
Sebaliknya, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3412/3477 berbanding 3.3345/3381 semalam dan jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9388/9728 daripada 12.9201/9384 sebelumnya.