Oleh: Shafira Aziz
PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan bahawa permohonan Fasa 1 untuk Program Matrikulasi sesi 2025/2026 akan mula dibuka pada 1 Disember 2024 sehingga 28 Februari 2025.
Peluang tersebut terbuka kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.
Menurut kenyataan KPM, permohonan itu diberikan secara percuma dan pelajar hanya perlu mengisi borang melalui laman sesawang rasmi di https://matrikulasi.moe.gov.my.
“Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan,” kata kenyataan tersebut.
Fasa 2 permohonan, yang juga merangkumi pengemaskinian maklumat pelajar, akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Bagi pelajar yang berjaya, mereka perlu mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM.
Baca juga: