Bomba teruskan SAR kanak-kanak perempuan dikhuatiri lemas


Oleh: Shafira Aziz

KOTA BELUD: Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang giat mengesan seorang kanak-kanak perempuan yang dikhuatiri lemas di sungai.

Menerusi satu kenyataan hari ini, mangsa, Lysbet Tom Jones, 10, hilang ketika melakukan aktiviti mandi-manda di sebuah sungai di sini.

Pasukan Bomba telah tiba di lokasi kejadian, mengumpulkan maklumat, dan memulakan operasi mencari menggunakan kaedah surface rescue.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bermula pada 11.30 malam semalam dan disambung semula pada hari ini.

“SAR dijalankan dengan teknik pencarian seperti surface water searching, skindive dan teknik wave,” kata kenyataan tersebut pada Ahad.

Kawasan pencarian hari pertama meliputi jarak 500 meter, namun sehingga kini mangsa masih belum dijumpai sehingga kini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat