AMK Selangor buat laporan polis fitnah pembangkang terhadap PM

PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membuat laporan polis terhadap
beberapa pimpinan pembangkang yang didakwa melontarkan fitnah terhadap Perdana Menteri berhubung Titah Adendum.

Ketua AMK Selangor, Izuan Kasim berkata antara fitnah termasuk dakwaan menyembunyikan dan
menafikan kewujudan titah Adendum berhubung isu penahanan rumah Datuk Seri Najib Razak.

“Tuduhan-tuduhan ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasas, berniat jahat serta cubaan mencetuskan naratif buruk terhadap Perdana Menteri serta Kerajaan.

“Sebagai pimpinan oposisi mereka seharusnya menjalankan tugas mereka sebagai semak dan imbang kepada kerajaan dan bukannya menggunakan platform media sosial sebagai medan menyebarkan fitnah dan kebencian terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan.

“AMK Selangor ingin menegaskan bahawa kebebasan bersuara tidak bermakna seseorang individu itu boleh menyebarkan maklumat palsu yang berniat jahat.

Justeru, katanya AMK Selangor memandang serius isu ini dan mendesak agar tindakan keras dapat diambil terhadap mereka yang melontarkan tuduhan yang tidak berasas ini.

“AMK Selangor kekal komited dalam mempertahankan integriti Kerajaan dan Perdana Menteri serta memastikan prinsip keadilan, ketelusan dan kebenaran terus ditegakkan,” katanya.

Selain Selangor, AMK turut menggerakkan barisan kepimpinannya membuat laporan polis yang sama di seluruh negara.

Baca juga:


Anda Mungkin Berminat