Oleh: Haikal Tajuddin
PETALING JAYA: Ringgit Malaysia kini kembali dengan momentum sangat positif dan lebih stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang diniagakan hari ini.
Menerusi laporan yang dikongsikan Bank Negara Malaysia (BNM) setakat 12 tengah hari tadi, nilai ringgit dibuka pada kadar pada 4.5000.
Namun begitu, lewat malam semalam, ringgit telah ditutup pada nilai 4.5035.
Ringgit dibuka dengan prestasi bercampur-campur berbanding mata wang utama.
Ia menunjukkan pengukuhan berbanding yen Jepun, mencatatkan 2.8474/8526 berbanding 2.8510/8553 pada hari sebelumnya, namun mengalami penurunan berbanding Eropah kepada 4.6373/6455 daripada 4.6201/6268.
Ia juga turut dilihat melemah berbanding pound kepada 5.4941/5038 daripada 5.4839/4918.
Bagi mata wang ASEAN, ringgit juga diniagakan dengan pelbagai prestasi.
Ia telah meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.67/7.69 daripada 7.68/7.70, serta menguat berbanding rupiah Indonesia kepada 276.5/277.2 daripada 276.7/277.3.
Sebaliknya, ringgit jatuh berbanding baht Thailand kepada 12.9687/13.0003 daripada 12.9500/9739, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2916/2977 daripada 3.2889/2939.
Baca juga: