Sokongan UAE mampu kembalikan prestasi bursa saham – Penganalisis

Oleh: Haikal Tajuddin

PETALING JAYA: Kerjasama ekonomi Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (UAE) adalah langkah terbaik Kerajaan meningkatkan prestasi bursa saham yang agak suram.

Penganalisis Ekonomi, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata bursa saham Malaysia diunjur menurun dengan lebih banyak susulan daripada kurangnya keyakinan pelabur asing seperti Amerika Syarikat (AS).

“AS telah meletakkan Malaysia dalam kategori kedua dan bukannya kategori pertama dalam pembekal semikonduktor.

“Ia memberikan tanggapan, seolah-olah, peniaga dan pelabur di US tidak percaya dengan Malaysia sebagai rakan kongsi.

“Jadi, kita memerlukan sokongan daripada pelabur-pelabur asing dari negara timur (UAE) bagi menunjukkan bahawa Malaysia adalah rakan kongsi yang setia dan boleh dipercayai,” jelasnya kepada Malaysia Bangkit pada Rabu.

Beliau yang juga Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) menambah 

ia satu strategi terbaik Malaysia bagi mengukuhkan hubungan baik dengan negara timur tengah.

“Disebabkan kerjasama tersebut, kepercayaan yang dilihat melentur itu dapat dipulihkan semula, apabila melihat kedudukan yang dibuat oleh  pelabur timur terhadap sektor semikonduktor Malaysia,” katanya.

Terdahulu, Anwar turut menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dengan UAE dalam pelbagai bidang, antaranya teknologi canggih.

Pertemuan bersama Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA), yang diketuai Pengarah Urusan, Sheikh Hamed Zayed Al Nahyan.

Dipercayai, ADIA merupakan salah satu dana kekayaan terbesar di dunia dengan aset melebihi US$1 trilion.

Seterusnya beliau ke London bagi pertemuan dengan Perdana Menteri United Kingdom, Keir Starmer dalam rangka lawatan selama lima hari.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat