Agong santap nasi lemak bersama PM

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa santap pagi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ahad pagi.

Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak di Nasi Lemak Burung Hantu cawangan Semua House di Masjid India, Kuala Lumpur.

“Orang ramai juga tidak melepaskan peluang bersalaman dan merakam foto bersama baginda.

“Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama kanak-kanak serta bertanyakan khabar,” menurut catatan di Facebook rasmi baginda.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut berkongsi rakaman foto bersama pengunjung yang hadir ke restoran berkenaan.

Aktiviti bersarapan pagi dan minum petang bersama pemimpin negara dan rakyat jelata di lokasi umum sudah menjadi antara rutin baginda sejak menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Nasi lemak antara menu sarapan terkenal yang menjadi pilihan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat