Malaysia perlu tunjuk upaya memimpin, tentu hala tuju ASEAN – Agong

PETALING JAYA: Malaysia selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini perlu menunjukkan keupayaan memimpin dan menentukan hala tuju ASEAN.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah, Malaysia juga perlu kekal tegas dalam mendukung keamanan, menentang keganasan dan penindasan.

“Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, manakala keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan,” kata baginda ketika merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan hendaklah bijak dalam mengekalkan hubungan diplomatik dengan semua pihak.

Baginda juga bertitah, kerjasama strategik untuk menangani isu serantau dan sempadan negara juga perlu dipertingkatkan.

“Tindakan tegas melalui saluran diplomatik undang-undang dan pertahanan perlu diambil bagi memastikan hak kedaultan serta kepentingan negara terus kekal dipelihara walaupun hanya seketul batu karang di tengah laut,” titah baginda lagi.

Malaysia secara rasmi mengambil alih jawatan Pengerusi ASEAN 2025 pada 1 Januari lalu, kali kelima sejak penubuhan ASEAN pada 1967.

Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN pada 1977, 1997, 2005 dan 2015.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat