KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan di Istana Negara, hari ini.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim berkenaan berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, menurut Facebook Sultan Ibrahim.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Yang Arif (YA) Dato’ Lee Swee Seng diikuti Hakim Mahkamah Rayuan, YA Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan YA Datuk Dr Lim Hock Leng.
Hadir sama pada istiadat berkenaan, YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan dan YAA Dato’ Sri Hasnah Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Besar Malaya.
Turut hadir, YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak dan Dato’ Mohd Dusuki Mokhtar, Peguam Negara.
Baca juga:








