Legenda Santan Berlada, Khairul Azhar Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Pelawak veteran tanah air, Khairul Azhar Abdul Samad telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang, pada malam Khamis.

Allahyarham yang berusia 70 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan pada pukul 10.37 malam.

Allahyarham meninggalkan dua anak perempuan, iaitu Nor Hafizah (41 tahun) dan Nur Shahirah (25 tahun).

Isterinya, Norsidah Ahmat telah meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat kanser darah.

Jenazah allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raja Uda, Klang selepas solat Jumaat.

Khairul Azhar dikenali ramai menerusi sitkom Santan Berlada pada era 1980-an yang turut menampilkan gandingan bersama allahyarham Ali Mamak dan mendiang Acapan.

Kumpulan ini juga pernah merakamkan sebuah album komedi terbitan Suria Records pada tahun 1993.

Anda Mungkin Berminat