Exists Bertujuh? Peminat Teruja Bayangan Reunion Konsert Exists

PEMINAT muzik tanah air dikejutkan dengan bayangan kemunculan semula kumpulan legenda Exists dalam formasi penuh tujuh ahli yang dijangka kembali menggegarkan pentas muzik negara.

Perkara itu mencuri perhatian selepas satu video dimuat naik di akaun Instagram rasmi Icon Entertainment pada Rabu, memaparkan petunjuk mengenai penyatuan semula kumpulan berkenaan.

“Akan datang, nantikan Exists… bertujuh…” menurut kapsyen ringkas yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Susulan itu, ramai meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk mengetahui perkembangan lanjut, termasuk tarikh serta lokasi konsert yang mungkin dianjurkan.

Di ruangan komen, ada peminat yang memuji kesetiaan kumpulan itu yang dilihat kekal utuh meskipun banyak band lain mengalami perpecahan.

“Di saat band lain berpecah, keluar masuk, namun Exists kekal bersama,” tulis seorang pengguna.

Terdahulu, Exists yang ditubuhkan di Johor Bahru pada 1991 merupakan antara kumpulan pop rock dan rock kapak paling berpengaruh di Malaysia, dengan lagu ikonik seperti Untukmu Ibu yang terus kekal dalam ingatan peminat hingga kini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat