Festival Taman Kuala Lumpur 2025 ceriakan ibu kota Oktober ini

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Festival Taman Kuala Lumpur 2025 pada 17 hingga 26 Oktober ini.

Majlis Pra Pelancaran festival itu berlangsung dengan meriah di Taman Tasik Titiwangsa pada pagi ini yang disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, festival sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025 akan mengukuhkan imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya hijau dan mampan bertaraf antarabangsa.

“Membawa tema “ASEAN: Unity in Diversity”, festival ini akan menampilkan pelbagai elemen kebudayaan dan nilai warisan serantau, di samping mengetengahkan usaha pemuliharaan biodiversiti termasuk tumbuhan endemik Malaysia.

“Lebih daripada 30 aktiviti menarik turut dirancang sepanjang festival, termasuk Floating Garden, Environmental Arts, Eco Rangers Camping, Nature Spark, Ukir ASEAN, E-Sport, Fun Run, dan Rhythm of Life yang sesuai untuk seisi keluarga dan semua lapisan masyarakat,” katanya pada Rabu.

Festival ini dibuka secara percuma kepada orang ramai dan turut menjemput pelawat antarabangsa untuk bersama-sama memeriahkan suasana yang menjanjikan pengalaman unik, penuh warna-warni dan berinformasi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat