PM tegas komitmen ASEAN terkait isu Myanmar, tarif AS

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam percakapan dengan Perdana Menteri Republik Sosialis Vietnam, Pham Minh Chinh telah membincangkan dua isu penting yang menjadi fokus ASEAN.

Menurut hantaran di Facebook Anwara berkata, isu tersebut adalah perkembangan terkini di Myanmar dan tarif perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).

Dalam perbincangan itu, kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa bantuan kemanusiaan kepada semua rakyat Myanmar perlu diteruskan tanpa sekatan.

“Adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

“Isu tarif perdagangan yang dikenakan oleh AS turut menjadi agenda perbincangan,” kata Anwar.

Menurutnya, Malaysia telah mengambil langkah proaktif dengan menghantar wakil menerusi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk mencari penyelesaian yang saling menguntungkan bagi kedua-dua negara.

“Malaysia memohon pertimbangan Aas supaya Negara-Negara Anggota ASEAN diberi ruang menggunakan mekanisme hubungan dua hala dalam mencapai penyelesaian yang baik bagi perkara tarif timbal balas ini,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh hubungan serantau dan antarabangsa.

“Semoga segala usaha ini membuahkan hasil yang membawa keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada rakyat di seluruh rantau,” ujarnya.

Anda Mungkin Berminat