KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang sebagai langkah politik yang tepat.
Menurutnya, perubahan demografi serta landskap politik di Sabah menuntut BN tampil berani membuat keputusan demi masa depan parti dan rakyat negeri itu.
“BN Sabah mesti kekal bersatu kerana inilah kunci utama untuk menang. Pastinya sokongan rakyat amat penting untuk UMNO dan BN kembali memimpin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menegaskan keputusan yang dibuat Pengerusi BN, dengan sokongan pelbagai lapisan pimpinan parti, menunjukkan UMNO-BN tidak dikawal pihak lain dan mampu mencorakkan hala tuju politik Sabah.
Shamsul Anuar menambah, usaha memenangi hati rakyat perlu dipertingkat segera, khususnya dalam kalangan generasi muda yang menjadi penentu masa depan politik Sabah.
“UMNO-BN mesti meyakinkan rakyat bahawa parti ini mampu membawa kestabilan, pembangunan dan menjaga kebajikan rakyat Sabah,” katanya.
Baca juga:








