Penganalisis cadang Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka bubar DUN, adakan PRN serentak

KUALA LUMPUR: Penganalis politik, Prof Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim mencadangkan agar Negeri Sembilan, Perlis dan Melaka mengikut jejak Johor dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara serentak.

Beliau berkata langkah itu wajar dipertimbangkan memandangkan krisis politik yang melanda Negeri Sembilan dan Perlis dilihat semakin meruncing sehingga sukar mencapai penyelesaian melalui kaedah sedia ada.

Menurutnya, PRN segera merupakan jalan keluar terbaik untuk mengembalikan kestabilan politik serta mendapatkan mandat baharu daripada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

“Bagi Negeri Sembilan dan Perlis, kemelut politik yang berlaku telah sampai ke tahap yang hampir tersimpul mati. Dalam keadaan seperti ini, mandat rakyat melalui pilihan raya adalah penyelesaian paling demokratik dan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Mengulas mengenai Melaka, Dr Yusri yang juga Pensyarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu berkata tempoh pentadbiran DUN negeri itu juga sudah menghampiri penghujung penggal, justeru pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya baharu adalah langkah yang sesuai.

Katanya, kerajaan negeri memerlukan mandat yang segar daripada pengundi untuk memastikan kesinambungan pentadbiran serta kestabilan politik pada masa hadapan.

Beliau turut berpandangan bahawa pelaksanaan pilihan raya secara serentak mampu menjimatkan kos, memudahkan urusan pentadbiran dan mengurangkan keletihan politik dalam kalangan rakyat.

“Dalam situasi semasa, pilihan raya serentak adalah lebih baik berbanding beberapa pilihan raya negeri yang diadakan berulang kali dalam tempoh yang tidak jauh berbeza.

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih efisien dari sudut pengurusan pilihan raya, malah dapat memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan ekonomi selepas proses demokrasi selesai,” katanya.

Tambah beliau, keputusan muktamad bagaimanapun terletak di tangan kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan, namun kepentingan rakyat serta keperluan untuk mewujudkan kestabilan politik perlu menjadi pertimbangan utama.

Semalam,

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat