Wan Saiful kena selesai dalaman bukan buka pekung parti sendiri – Bersatu Sg Petani

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Sebarang rasa tidak puas hati, kritikan atau pertikaian dalaman mestilah disalurkan menerusi mekanisme parti yang sah seperti perbincangan dalaman dan bukannya di sidang media.

Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sungai Petani, Nik Fazli Nik Fathil menyatakan pihaknya memandang serius tindakan seperti membuat kenyataan dan menyerang sesama ahli secara terbuja sehingga membuka pekung parti ke sosial media.

Kata beliau, Perlembagaan Parti dengan ielas menetapkan tatacara dan saluran yang betul bagi menangani sebarang pertikaian atau aduan.

“Mengingkari peraturan ini bukan sahaja mencemar nama parti malah boleh dianggap sebagai pelanggaran disiplin yang serius,” katanya di dalam satu kenyataan media pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau mendesak agar Lembaga Disiplin Parti segera mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Wan Saiful Wan Jan yang jelas melanggar disiplin dan mencetuskan kekeliruan serta perpecahan.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua ahli dan pemimpin untuk kembali kepada asas perpaduan, memelihara keharmonian dalaman dan memperkukuhkan saf kepimpinan menjelang cabaran politik yang akan datang.

Sebelum ini, Bersatu dilihat mengalami kemelut dalaman apabila Wan Saiful didakwa mendedahkan isu partinya secara terbuka menerusi sidang media dengan mendakwa Datuk Seri Azmin Ali dan Tun Faisal Ismail Aziz mengugut beberapa ketua bahagian parti itu pada baru-baru ini.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat