CYBERJAYA: Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi jaminan kemelut politik yang berlaku di Negeri Sembilan akan diselesaikan menerusi saluran politik yang sah.
Beliau berkata, keutamaan ketika ini adalah mencari jalan terbaik bagi memastikan kestabilan kerajaan negeri supaya urusan pentadbiran dan kebajikan rakyat terus terpelihara.
Menurutnya, semua pihak perlu mematuhi Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri serta peraturan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dalam menangani isu berkenaan.
“Perkara ini tidak boleh dipandang mudah. Apa yang penting ialah setiap proses perlu mengikut peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan,” katanya.
Zahid turut menegaskan bahawa penyelesaian akan dibuat melalui pendekatan politik tanpa campur tangan dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri atau undang-undang adat Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Sambutan Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ke-54 serta Pelancaran Dasar Pengguna Negara 2.0 di Cyberjaya hari ini.
Berita lanjut menyusul
Baca juga:








