KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) tidak lagi berdalih apabila memberi jaminan 23 rakyat Malaysia yang ditahan tentera haram Israel dalam Misi Global Sumud Flotilla (GFS) akan dibebaskan dan dipulangkan segera dengan selamat.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan, Kamil Munim, perkara itu dicapai ketika melakukan pertemuan bersama wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) sekaligus menyerahkan memorandum tuntutan kepada negara itu.
“Saya telah diberikan jaminan oleh Amerika Syarikat bahawa mereka telah berusaha dengan giat untuk memastikan rakyat Malaysia yang menyertai Global Sumud Flotilla dapat pulang dengan selamat,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media di hadapan Bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.
Turut hadir mengiringi sesi penyerahan memorandum adalah Pengerusi Biro Antarabangsa PKR Prof Dr, Maszlee, Iman Muda, Asyraf dan beberapa ahli daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR.
Ketika mana beliau menyampaikan memorandum tersebut, kawasan berhampiran pejabat kedutaan AS turut digegarkan dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Global Sumud Flotilla yang hadir memberikan solidariti dan sokongan buat Palestin dan rakyat Malaysia yang ditahan oleh Israel pada Khamis.
Sebelum ini, Ketua Pengarah dan jurucakap rasmi Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Al-Kahery mengesahkan kesemua 23 delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan ditahan pada Khamis jam 4.24 petang waktu Malaysia.
Baca juga: