Oleh: Tyah Helmi
DAMANSARA: Seramai 12 ahli berdaftar dipilih sebagai Anggota Lembaga Majlis Media Malaysia (MMM) menerusi proses undian sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pertama yang diadakan pada Jumaat.
Difahamkan, pemilihan tersebut melibatkan tiga kategori utama, iaitu Syarikat Media (Kategori A) yang merangkumi organisasi media, Pengamal Media dan Pengamal Media Bebas (Kategori B), serta Orang Awam daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah Kategori C.
Antara individu yang terpilih menganggotai Lembaga Majlis ialah Premesh Chandran (Malaysiakini), Farrah Naz Karim (NSTP), Esther Ng (The Star Media Group), Phyllis Wong Yang Yong (Borneo Post), Fauzi Ishak (GKMM), Ishak Abdillah (Kelab Wartawan Terengganu) dan Mariah Doksil (Sabah Journalist Association).
Turut dipilih ialah Adie Suri Zulkefli (Kelab Media Elit Kedah), Zaharom Naim (Allianz Centre for Governance), dan Terence Ooi (WikiImpact).
Selain itu, terdapat dua wakil NGO turut terpilih, iaitu Cynthia Lorraine Silva (Centre for Independent Journalism CIJ) dan Mediha Mahmood (Content Forum).
Dalam mesyuarat berkenaan, Majlis turut meluluskan tujuh usul yang dibentangkan, termasuk beberapa pindaan seperti pelaksanaan Kod Tatalaku serta Mekanisme Ketidakpuasan Hati bagi memperkukuh tadbir urus media negara.
Lembaga baharu itu kemudiannya mengadakan mesyuarat sulung pada hari yang sama dan bersetuju melantik Premesh Chandran sebagai Timbalan Pengerusi Lembaga Majlis.
Baca juga:








