PM Anwar umum barisan jemaah menteri baru 3:30 petang ini

Oleh: Tyah Helmi

PETALING JAYA: Desas-desus rombakan kabinet akhirnya terjawab juga apabila, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengumumkan barisan terbaharu jemaah menteri itu pada pukul 3.30 petang Selasa.

Perkara itu disahkan oleh kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman rasmi Facebook Anwar sekaligus menamatkan sesi teka-teki pengumuman barisan jemaah menteri yang baharu buat Kerajaan Madani.

“Insya-Allah, petang ini saya akan membuat pengumuman khas terkait Kabinet Kerajaan MADANI.

“Kerajaan MADANI akan terus memberi keutamaan untuk memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

Menurut kenyataan yang sama, Perdana Menteri berkata, Kerajaan Madani akan terus memberi keutamaan bagi memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Difahamkan, terdapat tiga kekosongan bagi jawatan menteri selepas peletakan jawatan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat