Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Kadar pengagihan untuk dana utama Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2025 adalah sebanyak 5.75 sen seunit.
Perkara itu diumumkan oleh Syarikat Pengurusan Unit Amanah penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
PNB turut menjelaskan jumlah pembayaran pula adalah RM10.4 bilion iaitu jumlah pengagihan tahunan tertinggi yang dibayar sejak penubuhan ASB, dan akan memberi manfaat kepada 11.4 juta pemegang unit.
Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif pengagihan pendapatan ASB sebanyak RM206.7 bilion sekali gus mencerminkan ketahanan dan kekuatan portfolio pelaburan ASB.
Baca juga:








