Ragam hari pertama sekolah, rupanya beg awam semua

MENCUIT hati, itu yang boleh digambarkan pada hari pertama persekolahan apabila ramai ibu bapa memuat naik ragam anak mereka terutamanya yang berada di tahun satu.

Seorang ibu, Nureika Arifin memuat naik gambar anaknya bersama rakan sebaya dengan memakai beg sandang sama kesemuanya.

“Kan dah kata beg awam. Nasib mommy tag nama,” tulisnya di platform Thread pada Isnin.

Hantarannya itu kemudian mendapat sambutan ramai netizen lain yang turut memuat naik gelagat hampir serupa.

“Suneight kan? Anak kita pun sama, tapi boy,” tulis Amanirzali di ruangan komen.

“Saya pun beli sun eight. Disebabkan ergonomic yang mampu milik, it’s okay lah beg awam pun kan,” tulis Aryanasailan pula.

Ruangan komen turut dipenuhi gambar-gambar beg sekolah yang hampir sama walaupun berlainan jenama.

Apa pun, gelagat inilah yang menceriakan hari pertama persekolahan dan akan diingati sampai bila-bila oleh anak dan mak.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat