KUALA LUMPUR: Siasatan awal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes penyelewengan pelaburan yang didakwa diuruskan oleh seorang individu terkenal bergelar Tan Sri mendapati sekurang-kurangnya 1,700 individu dipercayai menjadi mangsa.
Kesemua mangsa berkenaan dipercayai melabur dalam dua buah syarikat antara tahun 2021 hingga 2024, dengan sebahagian daripada mereka membuat pelaburan dalam jumlah besar dengan harapan memperoleh pulangan lumayan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan dijalankan berikutan kes berkenaan melibatkan jumlah kewangan yang besar serta mempunyai implikasi terhadap kepentingan awam.
“SPRM komited untuk menjalankan siasatan secara profesional dan tegas memandangkan kes ini membabitkan kepentingan awam,” katanya seperti dipetik Berita Harian pada Sabtu.
Terdahulu, SPRM memulakan siasatan terhadap seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri selepas menerima maklumat awal berhubung penyelewengan membabitkan kira-kira RM10 juta.
Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut mendapati jumlah sebenar penyelewengan itu berkemungkinan jauh lebih besar dan dianggarkan mencecah ratusan juta ringgit.
Baca juga:








