Trump sindir wartawan CNN ‘provok’ soalan libat fail Epstein

Oleh: Tyah Helmi

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menyindir wartawan portal antarabangsa CNN, Kaitlan Collins sejurus beliau diajukan soalan berkaitan penglibatannya dalam pendedahan skandal fail Jeffrey Epstein.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Pejabat Oval, Washington, DC semasa sesi soal jawab bersama media pada Selasa ketika Collins yang juga Ketua Wartawan Rumah Putih CNN bertanya soalan tersebut dalam program The Source with Kaitlan Collins.

Trump dikatakan telah menepis soalan berkaitan namanya yang banyak disebut di dalam fail Epstein dan menyifatkannya sebagai satu konspirasi ke atas dirinya.

Presiden AS itu menegaskan bahawa isu tersebut tidak lagi wajar dibangkitkan dan negara perlu meneruskan agenda lain yang lebih penting.

“Saya rasa saya tak pernah lihat awak senyum,” katanya, sebelum melontarkan kritikan keras ke atas wartawan berkenaan.

Trump turut melabel Collins sebagai wartawan yang paling teruk, malah menyalahkan individu sepertinya sebagai punca CNN mengalami kejatuhan jumlah penonton.

“Kamu sangat teruk. Kamu wartawan paling teruk. CNN tiada di carta tertinggi kerana orang seperti kamu,” tegas Trump di hadapan wartawan lain.

CNN serta Kaitlan Collins kemudiannya tampil mempertahankan peranan media dalam mengemukakan soalan kritikal demi kepentingan awam, terutamanya melibatkan isu sensitif dan berprofil tinggi.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat