KUALA LUMPUR: Detik yang dinanti-nantikan semakin hampir apabila Hari Keselamatan Internet 2026 bakal berlangsung esok dengan pelbagai aktiviti interaktif, perkongsian bermanfaat serta kempen kesedaran bagi memupuk penggunaan Internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Program sehari ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, platform media sosial utama, pakar keselamatan siber dan pengamal industri bagi membincangkan isu keselamatan dalam talian, khususnya melibatkan kanak-kanak, remaja dan ibu bapa.
Antara pengisian menarik ialah Safer Internet Day ExploRace, sesi perkongsian bersama wakil Meta, TikTok dan Google mengenai kawalan ibu bapa serta ciri keselamatan digital, selain forum keselamatan Internet bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).
Majlis turut akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil bagi melancarkan Kempen Keselamatan Internet 2026.
Orang ramai dijemput hadir dan mengambil peluang menyertai aktiviti berinformasi, sesi interaktif, persembahan pentas serta mini konsert yang disediakan sepanjang program berlangsung.
Atur Cara Program Hari Keselamatan Internet 2026
8.45 pagi
Safer Internet Day ExploRace
9.05 pagi
Sesi Perkongsian 1
Amirah Amir (Meta)
Meta Teen Account: Parental Control Tools & Safety Features
9.45 pagi
Sesi Perkongsian 2
Aliff Zakaria (TikTok)
Parental Control Guide and Social Media Restriction for Under 16
10.05 pagi
Sesi Perkongsian 3
Putri R. Alam (Google)
Activation of Parental Control Tools
10.30 pagi
Aktiviti Pentas – Kempen Keselamatan Internet
12.00 tengah hari
Ketibaan YB Datuk Fahmi Fadzil
Pelancaran Kempen Keselamatan Internet 2026
2.00 petang
Aktiviti Santai & Persembahan Buskers (Rehat Makan Tengah Hari)
2.45 petang
Forum Keselamatan Internet
Panel:
- SAC Siti Kamsiah Hassan (PDRM)
- Prof. Madya Dr. Mohd Al Adib (SUHAKAM)
- Muhammad Noor (KOL)
3.00 petang
Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Video Hari Keselamatan Internet 2026
3.45 petang
Sesi Interaktif oleh NADI
Using Smartphones Wisely: Protect Yourself from Phishing and Online Scams
6.00 petang
Mini Konsert
Akhir Program
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan Hari Keselamatan Internet 2026 dan bersama-sama meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan digital demi kesejahteraan semua.
Untuk maklumat lanjut, layari https://mcmc.gov.my/hki2026e
Baca juga:








