Oleh: Tyah Helmi
PETALING JAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki diingatkan untuk tidak tunduk ke atas tekanan politik mahupun tekanan awam ketika berdepan kontroversi terbaharu membabitkan dirinya.
Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik ke Facebook, beliau menegaskan negara ini berpegang kepada prinsip undang‑undang dan sebarang isu peribadi perlu ditangani melalui proses sah.
“Kita negara undang‑undang.
“Sementara kemelut peribadi diselesaikan cara undang‑undang, KP SPRM jangan tunduk pada tekanan, teruskan usaha perangi rasuah habis‑habisan,” kata Hussamuddin.
Kontroversi membabitkan Azam kembali mencuri perhatian selepas laporan Bloomberg mendedahkan bahawa beliau memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partner Bhd, dengan nilai dianggarkan sekitar RM800,000 ketika masih menerajui SPRM.
Rekod korporat menunjukkan saham itu dibeli dan dijual dalam tahun yang sama, iaitu pada 2024
Susulan laporan itu, Azam menegaskan, beliau telah mengisytiharkan semua pegangan berkenaan, malah mempertimbangkan tindakan undang‑undang terhadap laporan yang didakwa bersifat mencemar imejnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa saham berkenaan telah dijual semula dalam tempoh kurang setahun.
Baca juga:








