MITI Tonggak Utama Perkukuh Industri, Pelaburan Negara – PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan peranan penting Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam memperkukuh industri tempatan, menarik pelaburan serta meningkatkan daya tahan perdagangan negara.

Dalam Mesyuarat Pengurusan bersama MITI, beliau berkata, dasar kerajaan perlu sentiasa dipantau dan dinilai semula agar kekal relevan dengan perkembangan teknologi serta realiti semasa.

“Saya tekankan agar setiap dasar dipantau dan dinilai semula secara berkala supaya kekal relevan dengan kemajuan teknologi serta realiti semasa, demi memastikan matlamat pembangunan negara tercapai,” katanya.

Mesyuarat turut meneliti dasar utama kerajaan bagi memperluas peluang pekerjaan kepada warga tempatan dan mempertingkat kebolehsaingan industri.

Anwar berkata, usaha itu bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan Malaysia di peringkat global, malah memastikan rakyat mendapat manfaat langsung daripada pertumbuhan ekonomi negara.

Anda Mungkin Berminat