Oleh: Tyah Helmi
DEWAN NEGARA: Kerajaan Madani sentiasa menjunjung dan komited dengan peringatan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung ancaman moden yang kompleks.
Menurut Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran, ancaman tersebut merangkumi keselamatan digital, manipulasi maklumat, penyalahgunaan teknologi seperti deepfake, jenayah berat, serta eksploitasi isu sensitif berkaitan bangsa, agama dan Raja (3R) yang berpotensi menggugat keharmonian negara.
Yuneswaran berkata, seiring dengan komitmen itu, suatu pendekatan baharu yang lebih holistik dan berpandangan jauh amat diperlukan bagi memperkukuh perpaduan dalam landskap semasa yang semakin mencabar.
“Pendekatan ini harus berteraskan prinsip PUSH, iaitu keamanan (peace), perpaduan (unity), kestabilan (stability) dan keharmonian (harmony) sebagai asas kukuh dalam membina negara bangsa yang bersatu padu.
“Keempat-empat elemen ini saling melengkapi dan menjadi tunjang utama dalam memastikan setiap warga berkongsi tanggungjawab serta aspirasi yang sama terhadap masa depan negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan penggulungan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Negara pada Rabu.
Tambah beliau, selaras dengan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) Kerajaan Madani menerusi Kementerian Perpaduan Negara (KPN) bakal memberi fokus kepada usaha membina negara bangsa yang berdaulat dan bermaruah, dengan perpaduan sebagai asas utama kestabilan nasional.
Baca juga:








