Pecut Lari Dari Polis, Dua Suspek Akhirnya Dicekup

IPOH: Dua lelaki ditahan selepas terlibat dalam kejadian kejar-mengejar dengan polis di sekitar Bercham, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu berlaku apabila sepasukan anggota rondaan MPV Polis Diraja Malaysia mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Muhammad Najib Hamzah, pemandu kenderaan berkenaan bertindak melarikan diri apabila diarahkan berhenti, sekali gus mencetuskan situasi kejar-mengejar.

“Semasa melarikan diri, suspek memandu secara berbahaya sebelum melanggar sebuah tiang di tepi jalan.

“Dengan bantuan beberapa unit polis, kenderaan itu berjaya dipintas dan kedua-dua suspek ditahan di lokasi kejadian” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat bahan disyaki dadah jenis methamphetamine serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk kegiatan mencuri kabel di dalam kenderaan berkenaan.

Kedua-dua suspek berusia antara 18 hingga 30-an kini direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang berkaitan dadah serta kesalahan memiliki peralatan bagi tujuan melakukan jenayah.

Polis turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat bagi membantu membanteras kegiatan jenayah di kawasan masing-masing.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat