PDRM ingatkan jangan guna media sosial untuk hasutan

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan kenyataan berunsur hasutan, provokasi atau fitnah yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar berkata, trend perdebatan di media sosial yang menyentuh isu sensitif semakin membimbangkan dan berpotensi mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

“Media sosial tidak sepatutnya dijadikan platform untuk menyebarkan hasutan atau kebencian terhadap mana-mana institusi,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, perbuatan tersebut adalah kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 yang melarang sebarang tindakan yang boleh membangkitkan kebencian terhadap institusi diraja, kerajaan dan kaum.

Menurutnya, dari Januari hingga Mac 2026, sebanyak 30 kes telah disiasat di bawah akta berkenaan melibatkan unsur hasutan terhadap pelbagai pihak.

“Orang ramai perlu lebih berhemah dan bertanggungjawab ketika menggunakan media sosial,” katanya.

Beliau turut menegaskan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang berkaitan penggunaan platform digital.

Baca juga:

Anda Mungkin Berminat